Jumaat, 9 November 2012



  • ALBUM SEARCH
  1. Cinta Buatan Malaysia (1985)
  2. Langit Dan Bumi (1986)
  3. Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987)
  4. Di Pintu Sepi (1988)
  5. Berpaling (1988)
  6. Fenomena (1989)
  7. Search Live (1989)
  8. Karisma (1990)
  9. Sepuluh Tahun (1991)
  10. Rampage (1992)
  11. Double Trouble, bersama Wings (1992)
  12. Terbaik (1994)
  13. Gema Di Timur Jauh (1995)
  14. Gema Di Timur Jauh "Unplugged" (1995)
  15. Rock 'N' Roll Pie (1996)
  16. Rock N' Roll Pie Live N' Loud (1997)
  17. Double Trouble 2, bersama Wings (1998)
  18. Rockestra (2001)
  19. Gothik Malam Edan (2006)
  20. Konsert Rock Search Evolusi 2004 (2007)
  21. Live at Planet Hollywood (2007)
  22. Double Trouble Concert SEARCH & WINGS (2010)

    Kumpulan Search merupakan kumpulan penyanyi rock dari Malaysia. Kumpulan Search dianggotai oleh empat anak muda yang berasal dari Johor dan anggotanya terdiri daripada :-

    SEARCH ditubuhkan oleh Yazit dan anggota asalnya terdiri daripada :-

    1. Yazit (pemain drum)
    2. Hillary Ang (gitar)
    3. Nasir (bass)
    4. Zainal (gitar dan penyanyi juga bekas ahli kumpulan Rampa).

    Sejarah

    Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981, Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an lagi. Kumpulan asal terdiri daripada Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal digantikan Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.

    Amy, seorang "piano tuner" diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary.

    Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudian meninggalkan SEARCH dan tempat mereka digantikan Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas kumpulan Lefthanded.

    Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan SEARCH menjadi ikutan para remaja dengan imej artis berambut panjang dan pakaian yang mencolok mata menyebabkan pihak RTM bertindak menggam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul di kaca TV.

    Kumpulan SEARCH menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul "CINTA BUATAN MALAYSIA". Album ini menjadi satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir.

    Man Kidal dan Yan kemudian meninggalkan SEARCH untuk menyertai kumpulan Lefthanded kembali. Tempat mereka digantikan Hillary dan Nasir semula. Search kemudian menghasilkan lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi.

    Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary sekali lagi meninggalkan Search, digantikan Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris kumpulan Gersang.

    Perancangan rapi pihak BMG dan melalui syarikat SEARCH iaitu GO-SEARCH menjadikan SEARCH popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.

    SEARCH juga bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama kumpulan Wings) dalam album Double Trouble yang diterbitkan M Nasir.

    Apabila Nasir meninggalkan SEARCH untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan Yan. Yan sekali lagi meninggalkan SEARCH untuk menumpukan perhatian kepada kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded. Tempatnya digantikan Nasir.

    Fauzi kemudian menyertai Search sebagai bass dan tidak lama kemudian Amy menarik diri. SEARCH kemudian bergabung dengan Awie dan menghasilkan album "SEARCH & AWIE - Bikin Wilayah". Yazit kemudian berganding dengan kumpulan Search generasi baru untuk menghasilkan album "SEARCH, SELEPAS BANJIR". Bersama Yazit adalah Shah (pemain gitar - bekas anggota kumpulan Exist dan pengasas kumpulan Slam).

    SEARCH generasi baru ini hanya bertahan untuk satu album, Selepas Banjir. Akhirnya pada 16 Jan 2001, nama SEARCH dibekukan dan untuk meneruskan legasi SEARCH, sebuah kumpulan baru RAMPAGE ditubuhkan.

    Pembekuan SEARCH adalah satu kehilangan besar bagi peminat muzik rock tempatan. Sepanjang karier mereka, SEARCH adalah satu contoh terbaik rock band.

    Selepas hampir 5 tahun berpecah, pada tahun 2004, Amy, Kid, Din dan Nasir bergabung semula dalam Konsert Evolusi di Stadium Merdeka dengan disaksikan hampir 50 ribu penonton yang menantikan aksi mereka selepas sekian lama. Namun, barisan kali ini tidak menampilkan Yazid sebagai pemain drum tetapi digantikan Lola yang pernah bermain untuk XPDC dan LEFTHANDED.

    Sejurus selepas penggabungan semula itu, SEARCH berhasrat untuk menghasilkan sebuah lagi album berjudul "Empire Garden". Malangnya selepas 2 tahun album yang diwar-warkan tidak dapat diterbitkan kerana masalah dalaman.

    Pada 2006, akibat krisis dalaman, Din dan Kid disingkirkan. Tempat mereka digantikan kembali Hillary [antara pengasas kumpulan SEARCH]. Dengan kemasukan Hillary ini, mereka berjaya membuat album "Gotik Malam Edan" dalam masa 2 bulan juga pada tahun 2006 ini dengan Edrie Hashim bertindak sebagai penerbit.

    Album ini mendapat bantahan ramai peminat fanatik SEARCH kerana perubahan aliran muzik yang ditampilkan. Walaupun begitu, SEARCH melakukan perubahan ini kerana tidak mahu berada di takuk lama dengan sejajar dengan perubahan muzik dunia yang sudah berkembang.

    Sempena 25 tahun SEARCH dalam industri muzik Malaysia, mereka ingin melakarkan satu lagi episod bersejarah dengan mengadakan konsert ulangtahun ke-25 mereka dengan SLANK dari Indonesia sebagai penyanyi undangan. Selepas 2 kali ditunda, akhirnya tarikh konsert yang ditetapkan jatuh pada 5 Januari 2007 di Stadium Merdeka dan 7 Januari 2007 di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor.

    Malangnya, pada penghujung tahun 2006, rakyat Malaysia dikejutkan dengan banjir besar di Johor menyebabkan SEARCH terpaksa menunda konsert ini ke tarikh lain. Namun, ketika saat akhir persiapan konsert itu, SEARCH bertindak menarik diri. Penarikan diri ini disebabkan pihak penganjur iaitu Tiga Events Sdn Bhd gagal memenuhi beberapa specifikasi SEARCH yang menginginkan sebuah konsert ulangtahun yang hebat sedangkan SEARCH hanya mahu yang terbaik untuk dipersembahkan kepada peminat mereka.

    Disebabkan SEARCH tidak mahu konsert itu disamakan dengan konsert biasa lain seperti Jom Heboh, SEARCH sanggup menarik diri dari menyertai S2 Celebration Concert yang dianjurkan Tiga Event (anak syarikat TV3).
    Jangan bimbang..Kumpulan Search akan menemui peminat-peminat setianya di lokasi yang akan di kemaskini dah dipaparkan di suratkhabar tempatan serta media massa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan